Jumaat, 10 Disember 2010

Kajian dalam pendidikan matematik


Saya telah menjejaki bidang pendidikan matematik menggunakan sempoa atau abacus dalam pengajaran aritmetik mental selama lebih kurang 15 tahun. Pengajaran aritmetik mental saya bermula sejak 1996 di kawasan Serdang.

Sejak tahun 1998, kebenaran mengadakan kelas-kelas aritmetik mental di luar masa sekolah telah diluluskan oleh kementerian Pelajaran Malaysia. Oleh itu, saya pun bergiat cergas dalam mempromosi program ini di kalangan ibu bapa bagi sekolah-sekolah kebangsaan di kawasan Cheras, Balakong dan Serdang.

Seperti kata pepatah, program ini tumbuh seperti cendawan. Pelbagai jenama bagi kursus Abacus telah ditubuhkan untuk mengaut keuntungan yang lumayan tanpa mempedulikan kualiti pengajaran sehingga menjejaskan nama baik kursus tersebut. Tambahan pula, kajian tentang penggunaan sempoa dalam pengajaran dan pembelajaran matematik di sekolah-sekolah rendah bagi murid Tahun 1 adalah amat terhad di negara ini.

Oleh itu, saya membuat keputusan untuk melanjutkan pelajaran ke Sarjana pendidikan matematik dengan ICT pada tahun 2008. Saya ingin meminta maaf daripada ibu bapa dan pihak sekolah atas ketidakaktifan saya dalam promosi program tersebut selama dua tahun ini.

Walaubagaimanapun, program ini akan diteruskan di bawah kajian saya terutamanya dalam pengubalan isi kandungan aritmetik mental dan latihan perguruan agar kualiti program ini akan terus dijamin mutunya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan