Khamis, 17 Jun 2010

Penggunaan Sempoa dalam Pengajaran Aritmetik Mental

Kemahiran aritmetik mental bukan sahaja membantu murid dari segi operasi tambah, tolak, darab dan bahagi, malah berguna semasa menyemak jawapan matematik . Pandangan ini selaras dengan kajian yang telah dibuat di negara Jepun, China dan Taiwan.

Murid yang mempelajari aritmetik mental memperoleh manfaat daripada latihan kemahiran sempoa dengan kebolehan mendarab nombor-nombor tiga digit dengan dua digit dan membuat hasiltambah bagi nombor dua digit sehingga lima baris dengan lebih tepat berbanding dnegan murid yang tidak mengikuti kelas sempoa.



Kebolehan murid mengekalkan proses kiraan nombor dalam gambaran mental merupakan satu keunggulan dan keistimewaan yang dimiliki oleh seorang murid Tingkatan Satu dalam mengirakan sudut-sudut bagi topik trigonometri.



Kebanyakan kajian menunjukkan penggunaan 'sempoa' boleh memudahkan pembelajaran matematik seperti:


1. Membaiki kelajuan dan teknik mengira dalam masa yang singkat.

2. Meningkatkan daya penumpuan dan daya ingatan murid-murid.

3. Menguatkan kuasa menganalisis, pemerhatian dan pendengaran.

4. Merangsang pemikiran dan aktiviti mental pelajar dalam matematik.

5. Membaiki penguasaan aritmetik dalam operasi tambah, tolak, darab dan bahagi.

6. Menarik minat murid dalam mempelajari aritmetik.